FAUZI ABU BAKAR

Bekas presiden kedua Institut Arkitek Lanskap Malaysia (ILAM).

Berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang tersebut dan merupakan seorang tokoh korporat bumiputera terkemuka negara.

Syarikatnya, IN-SITE Design terkenal dengan projek bukan saja di Malaysia, malah di negara seperti Iran dan Libya. Rekaan landskapnya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur meraih banyak anugerah.

Isu yang mahu dibawanya juga amat asing daripada perkara yang sering dilaporkan media mengenai PAS, iaitu isu ketidakseimbangan pembangunan bandar.

Fauzi baru saja dilantik sebagai bendahari PAS kawasan Lembah Pantai, tidak lama selepas menyertai PAS pada tahun lalu.

Pada hujung Oktober lalu Fauzi ditampilkan sebagai penceramah utama pada program "Sembang Santai Teh Tarik for Lembah Pantai 1.0" atau TT4LP 1.0.

Beliau membawa agenda Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) PAS yang memupuk pembangunan sosial menerusi pembangunan fizikal yang berhemah.

Arkitek dan ahli korporat

Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P121 Lembah Pantai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Ijazah Sarjana Muda Arkitek dan Lanskap di Utah State University