Mohd Jubri Selamat

Mohd Jubri Selamat merupakan pesara penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Simpang Renggam dicalonkan bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam dan DUN Layang-layang pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Anak kelahiran Benut, Johor, aktif dengan program kemasyarakatan malah beliau dilantik sebagai naib presiden 1 Yayasan Amal Malaysia Johor.

Berusia 63 tahun pernah melanjutkan pengajian di kolej pembantu perubatan Seremban dan telah mendirikan rumah tangga, dikurniakan enam cahaya mata. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pesara penolong pegawai perubatan Klinik Kesihatan Simpang Renggam

Jawatan disandang dalam badan bukan berkanun;

  • Naib presiden 1 Yayasan Amal Malaysia Johor
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy
  • Diploma tasawur Islam (Ilham)
  • Diploma pembantu perubatan di Kolej pembantu perubatan Seremban
  • Sekolah Menengah Teknik Kuantan Pahang
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian
  • Sekolah Kebangsaan Seri Kembar, Benut
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P151 Simpang Renggam

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P151 Simpang Renggam N27 Layang-Layang

Artikel Berkaitan Mohd Jubri Selamat

    Video Berkaitan Mohd Jubri Selamat