Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilahirkan pada 6 Disember 1992 merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 

Menceburi bidang politik pada usia muda, beliau adalah Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga pemecatan beliau pada tahun 2020. 

Pada 28 Mei 2020, Syed Saddiq bersama empat orang ahli Bersatu yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei.

Berikutan pemecatannya dari Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen yang dipimpin olehnya telah membentuk sebuah parti baru, yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Namun, pada 21 Ogos, Syed Saddiq mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baru yang tidak berpaksikan kaum, melibatkan kaum muda dan bukannya bergabung dengan ahli parlimen yang dipecat di PEJUANG.

Beliau akhirnya menubuhkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 17 September 2020.

Selain itu, Syed Saddiq juga ialah bekas Juara Debat Asia. 

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Undang-undang dan juga bekas pensyarah di universiti itu.

Sejarahnya, beliau ialah menteri termuda yang dilantik pada usia 25 tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak pada usia 28 tahun.


 

Pencapaian
Akan dikemaskini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P146 Muar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada