Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh merupakan ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan dilantik sebagai pengerusi PKR Johor pada 2019.
Beliau berusia 56 tahun telah mendirikan rumah tanggan dan dikurniakan empat cahaya mata.
Graduan dari St Louis University Amerika Syarikat, menamatkan pengajian dalam Sarjana Pentadbiran dan Perniagaan (Kewangan).
Berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, beliau juga bekas penolong pengurus besar Telekom Malaysia Berhad berkhidmat selama 26 tahun.
Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah menyertai misi kemanusiaan Acheh pada 2005.