Ewon Benedick

Datuk Ewon Benedick merupakan penyandang ADUN Kadamaian setelah menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Sabah dan bertanding kembali pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini.

Namun kali ini, beliau bertanding atas tiket Pertubuhan Pasokmomogon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) setelah keluar dari Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UPKO ini turut menyokong Parti Warisan Sabah.

Beliau juga Ketua UPKO Kota Belud adalah bekas Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pada PRU14, Ewon memenangi DUN itu atas tiket BN, selepas menewaskan empat calon lain iaitu Rubbin Guribah calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Lukia Indan (PKR), Satail Majungkat (Pas) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Mail Balinu.

UPKO adalah rakan sekutu Parti Warisan Sabah (Warisan) atau dikenali sebagai Warisan Plus, selain DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
  • Ketua UPKO Kota Belud
  • Bekas ADUN Kadamaian
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: UPKO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P169 Kota Belud N7 Kadamaian
  • PRN DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N11 Kadamaian