Mas Ermieyati Samsudin

Maklumat Diri
Tarikh lahir
13/11/1976
Pasangan
Mohd. Helmy Abd. Talib
Anak
5 anak

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 10 Mac 2020.

Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka merupakan wanita pertama dari Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Dibesarkan di Melaka anak kedua kepada pasangan Salbiah Ahmad dan Samsudin Md Ali ini mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. 

Kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. 

Beliau berkahwin dengan Mohd Helmy Abd Talib dan dikurniakan lima anak.

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associates dan tetuan Adillah A. Nordin. 

Pada tahun 2004, bersama dua orang rakan kongsi iaitu Mohd Khairul Nizam Abd Kadir dan Desmond Ho Chee Cheong, beliau membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Ermiey Nizam & Ho. 

Waktu yang sama minat kepada kerja kesukarelawan sudah sebati dengan jiwa. Sejak zaman sekolah dan seawal umur 15 tahun, beliau telah aktif dengan persatuan Gerakan Belia 4B Malaysia dan pernah memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia.

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu Puteri dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatan kuasa penaja di bahagian Alor Gajah. 

Tahun 2003 beliau menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua Puteri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO Puteri UMNO Malaysia.

Bagaimanapun beliau memilih berjuang bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018. Beliau juga pernah menjawat Setiausaha Khas ketika itu Ketua Menteri Melaka Tun Mohd Ali Rustam yang kini menjawat jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke - 14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 22,898 undian ketika menentang Nasir Othman daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 14,739 undi. Majoriti undi sebanyak 8,159.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya nak betulkan tingkap rumah, kata Mas Ermieyati

Mas Ermieyati hasrat pertahan kerusi Masjid Tanah

Mas Ermieyati tewaskan Mohd Redzuan

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (2015-2018) 
  • Setiausaha Khas (Perhubungan) Ketua Menteri Melaka (2006-2013)
  • Ketua Pegawai Eksekutif  Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)(2010)
  • Peguambela dan Peguamcara Tetuan Adillah A. Nordin Melaka  (2002–2004)
  • Peguambela dan Peguamcara Tetuan Khairul Latiff & Associates Melaka (2001-2002

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Lembaga Pengarah Menara Taming Sari Berhad (2013)
  • Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (2012)
  • Lembaga Pengarah Yayasan Melaka (2005 & 2008)
  • Lembaga Pengarah MAIM Bentara Sdn Bhd (2003 – 2004 )

Jawatan disandang dalam politik:

  • Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia (2013 - 2018)
  • Bekas Ketua Puteri UMNO Melaka (2002 - 2013)
  • EXCO Puteri UMNO Malaysia (2 penggal)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF)(20160-kini)
  • Pengerusi Yayasan Rizqah (2015-kini)
  • Penaung Penyelam Muslimah  (Underwater Bidong 2017)(2016 - Kini)
  • Gerakan Belia 4B Malaysia (Gerakan Belia 4B)(2009-2017)
  • Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia (2009-2017)
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia (2009-2017)
  • Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Masjid Tanah (2009 -2016)
  • Ketua Gerakan Belia 4B Masjid Tanah (2009 -2016)
  • Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Melaka (2006)
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Sarjana pentabiran perniagaan Asia E University Malaysia (2019)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UKM (2000)
  • Matrikulasi dalam Undang-Undang UKM (1996)
  • Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar
  • Methodist Girls School Tengkera, Melaka
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P134 Masjid Tanah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan Mas Ermieyati Samsudin

    Video Berkaitan Mas Ermieyati Samsudin