Norhizam Hassan Baktee

Maklumat Diri
Tarikh lahir
23/5/1966
Pasangan
Datin Norlishah Ibrahim
Anak
2 anak

Bekas Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee pernah menyandang portfolio EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Beliau sebelum ini adalah ahli UMNO di cawangan Pantai Peringgit namun meninggalkan parti terbabit pada tahun 2006 sebelum menyertai DAP.

Bagaimanapun pada 10 Mac 2020, beliau telah dipecat daripada DAP setelah memberi sokongan kepada gabungan politik baharu di Melaka.

Norhizam yang popular dikenali sebagai 'YB Gengster' pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melaka.

Bekas ADUN DAP ini memegang jawatan rasmi antaranya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Melaka (PKNM), Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga Ahli Lembaga Pengarah Hub Halal.

Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Majlis Pengakap Melaka, Pengerusi Majlis Perunding Peniaga-peniaga Kecil Negeri Melaka dan Ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 9,227 undian ketika menentang Chua Lian Chye daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,471 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,756.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Pengkalan Batu (2018-kini)
  • EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020-kini)

Lantikan Ahli Lembaga dan Pengerusi:

  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Melaka (PKNM) 
  • Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)
  • Ahli Lembaga Pengarah Hub Halal
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Biotech Holdings
  • Pengerusi Pembangunan Pertanian
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Beef Sdn Bhd
  • Pengerusi lembaga Pengarah Padai Melaka Sdn Bhd
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Samel Plantation
  • Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Cell Farming

Jawatan disandang dalam politik:

  • Bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Pengerusi Majlis Pengakap Melaka (2019-2020)
  • Ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia (2018-2020)
  • Pengerusi Majlis Perunding Peniaga-peniaga Kecil Negeri Melaka
  • Ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan Pencegahan Jenayah Malaysia
  • AHli Majlis Datuk-datuk Melaka
  • Penaung Persatuan Ikan beta
Pendidikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P137 Hang Tuah Jaya N15 Pengkalan Batu
  • PRN DUN Melaka- P137 Hang Tuah Jaya N15 Pengkalan Batu