SARIFUDDIN HATA

Sarifuddin Hata merupakan penyandang ADUN Merotai telah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke -16, selepas berdepan lima penjuru.

Beliau dilahirkan di Merotai Kecil pada 11 Mac 1974 merupakan pembantu Menteri Kewangan Sabah.

Anak kelima daripada enam adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SRK Merotai Kecil dari darjah satu hingga darjah enam (1981-1985). 

Ketika itu mereka sekeluarga tinggal di Bal Plantation, kini milik Sime Darby. Selepas itu, beliau bersekolah di SMK Merotai Besar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga (1986-1988). Kejayaannya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP, melayakkan beliau untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu dari tingkatan empat hingga tingkatan lima (1990-1991).

Kemudian beliau terpilih memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Sains Muar Johor( 1992-1993). Selepas itu, Sarifuddin mendapat biasiswa Kerajaan Negeri untuk melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok  pada 1994 dalam bidang perakaunan. Sebaik lulus pengajian, beliau bekerja sebagai pegawai eksekutif di Bank Rakyat mulai 1999 hingga 2003.

Bagaimanapun, pada tahun 2004, Sarifuddin melepaskan jawatan untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau pernah bertugas bersama Allahyarham Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Walaupun tidak pernah terfikir menjadi seorang wakil rakyat, Sarifuddin mengambil keputusan nekad untuk bergiat sepenuh masa dalam politik.

Dalam pilihan raya umum ke-14, Sarifuddin menang kerusi DUN Merotai dan dan seterusnya menjadi sebahagian dari sejarah.

Perjalanan politik beliau, Sarifuddin menyertai politik secara total sejak Parti Warisan Sabah (Warisan) ditubuhkan dan ketika itu Warisan parti pembangkang.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu Menteri Kewangan Sabah ADUN N.72 MEROTAI (2020-kini)
  • ADUN Merotai (2018-kini)
  • Ahli Perniagaan (2004)
  • Pegawai eksekutif di Bank Rakyat (1999-2003)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok (1994)
  • Sekolah Menengah Sains Muar Johor( 1992-1993)
  • Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu (1990-1991)
  • SMK Merotai Besar (1986-1988)
  • SRK Merotai Kecil (1981-1985)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P191 Kalabakan N58 Merotai
  • PRU DUN Sabah 16- P191 Kalabakan N72 Merotai