JUWAIRIYA ZULKIFLI

Beliau merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat dan Setiausaha Wanita KEADILAN. Bermula sebagai jawatankuasa Kelab Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM (2004-2005). Ahli Jawatankuasa Kelab Siswa Islah Malaysia (2006-2007) dan dilantik sebagai setiausaha Wanita Jemaah Islah Malaysia Ampang Jaya dan Ahli Pertubuhan Ikram Ampang Jaya. Pada 2009-2004 menjadi Timbalan Srikandi Pusat PKR dan juga ahli PKR Cabang Kuala Selangor.

2008 - 2009 - Pembantu peribadi YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

2009 - 2010 - Penyelidik Keadilan Parlimentary Research Unit

2010 - 2012 - Pembantu dan Penyelidik Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali

2012 - 2013 - Pembantu dan Penyelidik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin

2013 - April 2018 - Pegawai Penasihat Dasar Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P96 Kuala Selangor N10 Bukit Melawati

Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Taman Permata Hulu Kelang

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5. Wangsa Maju

Kolej Matrikulasi Melaka (Sains Tulen)

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pengurusan Sistem UKM