Manis Muka Mohd Darah

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, meninggal dunia di Hospital Gleneagles pada 17 November 2020.

Wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan malam tadi akibat derita sakit buah pinggang.

Allahyarham menetap di Kampung Bugaya mempertahankan kerusi DUN Bugaya yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, ibu kepada lima anak lelaki dan lima anak perempuan pernah memegang beberapa jawatan seperti Ketua Wanita UMNO Semporna.

Manis Muka juga merupakan Ketua Wanita Warisan Semporna. 

Untuk rekod, DUN Bugaya menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara penyandang Manis Buka Mohd Darah (Warisan Plus) dengan calon USNO, Parti Cinta Sabah (PCS), Perikatan Nasional (PN), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) serta dua calon bebas.

USNO diwakili Ahmad Kenajaan, PCS oleh Jihek Basanu, Taraji Jamdi mewakili PPRS, Mohd Daud Tampokong mewakili PN dan dua calon bebas iaitu Rasidan Abd Latiff akan menggunakan simbol kunci manakala Abdul Jan Muammil @ Abdul Jim menggunakan simbol ikan. 

ARTIKEL BERKAITAN;

ADUN Bugaya meninggal dunia sakit buah pinggang

'Kesihatan ibu mula terjejas selepas PRN Sabah'

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Bugaya (2018-kini)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Wanita Warisan Semporna
  • Bekas Ketua Wanita UMNO Semporna
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P189 Semporna N54 Bugaya
  • PRU DUN Sabah 16- P189 Semporna N66 Bugaya