Dr Mohd Mazri Yahya adalah seorang pegawai perubatan, aktivis kemasyarakatan dan ahli politik dari Parti Islam Se-Malaysia (Pas).
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor.
Dalam organisasi masyarakat, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Johor.
Beliau menamatkan pengajian dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1994, dan menyambung pengajian pasca siswazah sebagai Sarjana dalam Pembedahan dari tahun 1997 hingga 2001 di Universiti yang sama.
Beliau menamatkan kursus latihan berstruktur 4 tahun dengan pelbagai posisi dan menamatkan latihan Kepakaran Khusus dalam Pembedahan Vascular & Endovascular di Jabatan Pembedahan Hospital Kuala Lumpur kemudian diikuti tawaran kerja setahun di Jabatan Pembedahan Vaskular, Hospital Diraja Perth sebagai Pendaftar Kanan.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dalam pertandingan empat penjuru, beliau tewas menawan kerusi DUN Simpang Jeram termasuk Parlimen Pulai.