Datuk Mohamaddin Haji Ketapi merupakan Ahli Parlimen Silam.
Berketurunan Idahan dan dilahirkan pada 3 Jun 1957 di Kampung Segama, Lahad Datu.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Zarinah Mohammad Ibrahim dan mereka dikurniakan enam anak.
Beliau juga menjadi wakil rakyat pertama dari Sabah yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.