Nor Irwan Ahmat Nor

Maklumat Diri
Asal
Kuching, Sarawak
Tarikh lahir
17/5/1976
Pasangan
Siti Noraziah
Anak
Mempunyai 3 orang anak

Datuk Ir Dr Nor Irwan Hj Ahmat Nor merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Ayahnya berasal dari Kuching, Sarawak dan berkhidmat sebagai tentera sebelum bersara dan seterusnya berniaga sendiri. Ibu bernama Siti Fatimah berasal dari Alor Gajah, Melaka. Seorang suri rumah sepenuh masa.

Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambichik Karim di Melaka sebelum berpindah di SK Gita Kuching memasuki Tahun Tiga hingga Lima.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, Kuching bagi tingkatan 1 hingga 3 dan seterusnya tingkatan 4 hingga 5 di SMK Petra Jaya Kuching.

Seterusnya, melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kejuruteraan Awam (Bachelor in Civil Engineering - 2nd Class Upper) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan tamat pada tahun 1999.

Beliau juga meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang kejuruteraan juga di UTM pada tahun 2000 hingga ke peringkat Doktor Falsafah bidang (Hydrology and Water Resources) di UTM, 2005.

Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Penyelidik di UTM, Skudai.

Kemudian sebagai Pensyarah pada tahun 2003 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pada 2009, beliau berjinak dalam dunia perniagaan.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Perniagaan
  • Pensyarah pada tahun 2003 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Pembantu Penyelidik di UTM, Skudai

 

 

Pendidikan:
  • Doktor Falsafah bidang (Hydrology and Water Resources) di UTM (2005)
  • Sarjana dalam bidang kejuruteraan UTM (2000)
  • Ijazah Kejuruteraan Awam (1999)
  • SMK Petra Jaya Kuching
  • SMK Tunku Abdul Rahman
  • SK Gita Kuching
  • SK Tambichik Karim, Melaka
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P194 Petra Jaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada