Sharif Azman Sharif Along

Sharif Azman Sharif Along merupakan anak jati Pitas.

Beliau dilahirkan di Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.

Berketurunan Bajau-Tombonuo-Cina dan bertanding di kerusi N3 Pitas pada PRN Sabah ke-16 mewakili parti Warisan.

Sharif Azman mempunyai ijazah Sarjana Sains dari Amerika Syarikat selain Diploma Pentadbiran dan Undang-undang dari UiTM, Sabah.

Beliau yang kini ahli perniagaan dalam industri minyak dan gas pernah berkhidmat sebagai pensyarah UiTM Luar Kampus pada 2004 hingga 2012.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Perniagaan
  • Timbalan Pengerusi Ko-Nelayan Sabah (2018-2020)
  • Pensyarah Luar Kampus UiTM (2004-2012)
  • Pegawai MARA Daerah Kota Kinabalu (1994-1996)
     
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Sains, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (ECO), Amerika Syarikat
  • Diploma Pentadbiran dan Undang-undang, UiTM Sabah
  • SMK Abdul Rahim, Kudat 
  • SK Pinggan-Pinggan, Pitas
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P167 Kudat

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sabah 16- P167 Kudat N3 Pitas