Mohd Khir Zahari Abdul Ghani

Bekas pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Setiausaha Kerja Pusat Kajian Strategik dan Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Selain itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Falahiah, Pasir Pekan ini juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Belia Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dan Ahli Majlis Daerah Tumpat.

Sepanjang kerjaya politiknya, beliau yang pernah belajar di SMU Arab Maahad Muhammadi ini  pernah menggalas jawatan Penolong Setiusaha Biro Pilihan Raya Amanah Nasional, AJK Amanah Kelantan dan Timbalan Pengarah Biro PIlihan Raya Kelantan.

Selain itu, pernah diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Jentera Pilihan Raya PH Kelantan dan Naib Ketua Amanah Tumpat.

Sifat kepemimpinan yang dalam diri beliau terserlah sejak di institut pengajian tinggi lagi apabila beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dan Perngerusi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara.

Ketokohannya membuatkan beliau pernah menyandang Naik Ketua Pemuda Pas Tumpat.

Akan dikemaskini
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P19 Tumpat N4 Wakaf Bharu

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Malaya

Ijazah Sarjana Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia