JAGAH @ SUBENG ANAK MULA

[email protected] anak Mula, 55 tahun, berasal dari Kaki Wong, Saratok daripada Parti Demoktratik Progresif (PDP). 

Beliau adalah calon BN bagi Parlimen Saratok pada PRU14 namun tewas mempertahannya.

Mula menonjolkan diri sejak Januari 2017 bagi mengintai peluang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) antara muka baharu diperkenalkan BN pada PRU ke 14.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Drau Saratok untuk zaman awal persekolahannya.

Subeng anak kelahiran Saratok kemudiannya meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili sebelum menyambung pelajaran di SMK Sri Aman. Seterusnya Subeng melanjutkan pengajian ke UiTM di Kuching.

Beliau memulakan kerjayanya di Bintulu pada tahun 1985 dengan memegang jawatan dalam Petronas.

Manakala pada tahun 2000 beliau membuka syarikat perniagaan sendiri yang menjadi pembuka langkah awalnya sebagai seorang usahawan dan kekal hingga hari ini.

Beliau yang sudah berumah tangga kini memiliki dua cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan 
Pendidikan:
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuching
  • Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  • SMK Sri Aman
  • SMK Engkilili
  • SK Nanga Drau Saratok
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P205 Saratok

Kerusi Bertanding DUN: Tiada