Yusuf Abdul Wahab

Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei 2020.

Yusuf berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Nebraska-Omaha, Amerika Syarikat dan berpengalaman luas selama 34 tahun dalam bidang kejuruteraan.\

Beliau juga merupakan Pengarah Jurutera Perunding Wahba Sdn Bhd dan juga pernah menjadi pengarah untuk projek infrastruktur kerajaan dan swasta.

Selain itu, beliau juga merupakan ahli badan profesional Lembaga Jurutera Malaysia, Institusi Jurutera Malaysia dan Persatuan Penasihat Jurutera Malaysia.

Dalam pada itu, Yusuf turut menyandang beberapa jawatan penting termasuklah sebagai Pemegang Amanah di Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rejang, Pengerusi The Paloh Muslim Charitable Trust Fund dan Panel Penasihat Program Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Sarawak.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  • Pengarah Jurutera Perunding Wahba Sdn Bhd
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Nebraska-Omaha, Amerika Syarikat 
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P206 Tanjong Manis

Kerusi Bertanding DUN: Tiada