Datuk Hanifah Hajar Taib merupakan Ahli Parlimen Mukah mewakili Barisan Nasional setelah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dalam pertembungan satu lawan satu.
Anak bongsu Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, juga memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dilantik pada 10 Mac 2020.
Beliau berkelulusan dari University of San Francisco dengan Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan tetap meneruskan legasi politik bapa beliau dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak.