Ahmad Johnie Zawawi

Ahmad Johnie Zawawi merupakan calon baharu BN bagi Parlimen Igan pada PRU14.

Berusia 55, beliau bukan nama baharu dalam politik di Igan kerana pernah menjadi pembantu kepada penyandang Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dollah.

Berasal dari Daro, bapa kepada tiga anak ini merupakan individu yang bertanggungjawab menggerakkan pelbagai aktiviti di Parlimen berkenaan malah menjadi perhubung antara Ahli Parlimen dan penduduk tempatan.

Beliau juga pernah memegang jawatan setiausaha PBB Cawangan Jemoreng pada 2000 hingga 2017 ketika Abdul Wahab mengetuai PBB Cawangan Jemoreng.

Kedudukan ini mengukuhkan pengalaman politiknya, ditambah lagi pada tahun 2008 dan 2013, beliau dipertanggungjawab sebagai Pengarah Operasi dan Ejen Pilihan Raya Abdul Wahab ketika itu.

Malah mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan sepenuh hati, dan mengetahui senario tempatan.

Ahmad Johnie merupakan pemegang Sarjana Muda Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pengkhususan dalam Sains Politik.

Beliau pernah menjawat Pegawai Tadbir Sarawak di Daerah Daro pada tahun pertama selepas keluar universiti pada 1986, sebelum menjadi Penguasa Kastam Diraja Malaysia dari tahun 1988 hingga 2000.

Beliau berhenti untuk menyertai aktiviti perniagaan, dan bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi The Sarawak Press Sdn Bhd dan Warta Distributions Sdn Bhd pada tahun 2000 hingga 2004 dan WHS Holdings Sdn Bhd (2004-2015).

Ahmad Johnie juga merupakan Pengarah Eksekutif Serimaju Resources Sdn Bhd yang menerbitkan akhbar politik Jiwa Bakti serta menjadi Pengarah Eksekutif Alunan Jujur Sdn Bhd yang mengendalikan Hotel Samudra di Kuching. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Eksekutif Alunan Jujur Sdn Bhd 
  • Pengarah Eksekutif Serimaju Resources Sdn Bhd
  • Ketua Pegawai Operasi Warta Distributions Sdn Bhd (2004-2015)
  • Ketua Pegawai Operasi The Sarawak Press Sdn Bhd (2000-2004) 
  • Penguasa Kastam Diraja Malaysia (1988-2000)
  • Pegawai Tadbir Sarawak di Daerah Daro (1986)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Pengarah Operasi dan Ejen Pilihan Raya Barisan Nasional 
  • Setiausaha PBB Cawangan Jemoreng (2000-2017)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P207 Igan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada