Abdul Ghafar Atan

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan sejak 2013.

Beliau berjaya mengekalkan kedudukannya di DUN Asahan meskipun memperoleh majoriti kecil iaitu 275 undi.

Abdul Ghafaar bagaimanapun mendapat 5,942 undian ketika menentang Zamzuri Arifin daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 5,667 undi. 

Selain itu, beliau juga pernah menyandang EXCO Perumahan, Pembangunan Bandar Kecil dan Pemulihan Projek pada 11 Mac 2008 hingga 1 April 2011, EXCO Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 1 April 2011 hingga 13 Mei 2013, EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek pada 14 Mei 2013 hingga 2 Julai 2014 dan EXCO Kerja Raya dan Kemudahan Awam pada 2 Julai 2014 hingga 11 Mei 2018.

Pencapaian
Kerjaya:
  • EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (2020 hingga kini)
  • EXCO Industri, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2011-2013)
  • EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan (2013-2014)
  • EXCO Kerja Raya dan Kemudahan Awam  (2014-2018)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan (2013 hingga kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek (21 Mac 2004 - 5 Mei 2013)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P135 Alor Gajah N7 Gadek
  • PRU12- P135 Alor Gajah N7 Gadek
  • PRU13- P135 Alor Gajah N10 Asahan
  • PRU14- P135 Alor Gajah N10 Asahan

Artikel Berkaitan Abdul Ghafar Atan

    Video Berkaitan Abdul Ghafar Atan