Datuk Ahmad Amzad Hashim merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Pas bertanding di kerusi Parlimen P36 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 40907 undi
Dalam kerajaan Perikatan Nasional, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Anak watan Kuala Terengganu ini mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 1983 hingga 1987.
Beliau kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauan (kepujian) pada 1995.
Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan badan bukan berkanun (NGO). Antara jawatan yang dipegang seperti Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Terengganu, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI), Timbalan Pengerusi Sekretariat Tuntutan Royalti Petroleum Terengganu dan pengasas serta Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu (2000).