Mohd Dahalan Ismail

Mohd Dahalan Ismail merupakan pesara guru adalah calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Beliau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu [email protected] Dahalan merupakan tokoh masyarakat khususnya di Gerik dan Pengkalan Hulu.

Pernah mengajar di pelbagai sekolah antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Ganda Temengor, Gerik dan di SK Mahkota Sari, Gerik.

Penglibatan diri dalam bidang pendidikan selama 17 tahun, beliau telah menerima pencapaian dengan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali iaitu tahun 1987, 1997 dan 2004.

Bapa kepada tujuh anak ini mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Malaya selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim sekitar tahun 1979 hingga 1980.

Selain itu, Ketua Cawangan Bandar Gerik dan pernah dilantik Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Gerik, beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan menjadi pendakwah bebas bertauliah, imam sambilan Masjid Gerik, penasihat Surau Al-Makmur dan penasihat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taufiq.

Pencapaian
Kerjaya:

Pesara guru di;

  • SK Mahkota Sari, Gerik
  • SRJK (C) Poi Lam, Ipoh
  • SK Sahom, Kapar
  • SK ACS Methdist, Kampar
  • SK Tumpat, Kelantan
  • SK ACS Methdist, Ipoh
  • SK Coronation Park, Ipoh
  • SK Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik
  • SK Ganda Temengor, Gerik

Jawatan dalam politik;

  • Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Perak
  • Bendahari Badan Perhubungan Perak
  • Bendahari Dewan Ulama Pas Perak
  • Yang Dipertua Pas kawasan Gerik
  • Ketua Cawangan Bandar Gerik

Penglibatan dalam masyarakat;

  • Pendakwah bebas bertauliah
  • Imam sambilan Masjid Gerik
  • Penasihat Surau Al-Makmur
  • Penasihat Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taufiq
Pendidikan:
  • Universiti Malaya
  • Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1979-1980)
  • Institut Teknologi Mara, Shah Alam (1977-1980)
  • Sekolah Menengah Tun Saban (1972-1876)
  • SK Kroh, Pengkalan Hulu (1970-1971)
  • SK Kuar Luar (1966-1969)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P54 Gerik

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan Mohd Dahalan Ismail

    Video Berkaitan Mohd Dahalan Ismail