Gue Teck

Maklumat Diri
Asal
Melaka
Tarikh lahir
3/7/1959
Pasangan
Ong Yew Fung
Anak
3

Meskipun bertanding buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Datuk Gue Teck berjaya memenangi kerusi DUN Kelebang, Melaka.

Dalam pertembungan tiga penjuru tersebut, Gue Teck dari Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 7,648 undian ketika menentang Lim Ban Hong dari parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 6,859 undi dengan majoriti undi sebanyak 789.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini pernah menyandang jawatan dalam parti sebagai Timbalan Ketua Keadilan Cabang Tangga Batu pada 2010 dan dilantik Ketua Cabang Keadilan Tangga Batu pada 2014 hingga 2021.

Sebelum menjadi wakil rakyat, Gue Teck merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat sejak 1995 hingga sekarang di Pembinaan Gading Bersama Sdn. Bhd.

Gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini diberi tanggungjawab menjawat jawatan dalam Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) selama dua tahun bermula 2018 hingga 2020.

Antaranya di Melaka Sentral Sdn Bhd, MITC Hotel, PM Project Centre Sdn Bhd dan Maka Bekal Sdn Bhd.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelebang (2018 hingga kini)
  • Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembinaan Gading Bersama Sdn Bhd (1995 hingga kini)

Jawatan disandang dalam GLC dan agensi berkaitan:

  • Melaka Sentral Sdn Bhd (2018 hingga 2020)
  • MITC Hotel (2018 hingga 2020)
  • PM Project Centre Sdn Bhd (2018 hingga 2020)
  • Maka Bekal Sdn Bhd (2018 hingga 2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Cabang Keadilan Tangga Batu (2014 hingga 2021)
  • Timbalan  Ketua Keadilan  Cabang Tangga Batu (2010)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk (2019)
  • Pingkat Jasa Kebaktian (PJK) (1999)
Pendidikan:
  • Open University Malaysia (2015)
  • Universiti Teknologi Malaysia (2007)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P136 Tangga Batu N14 Kelebang
  • PRN DUN Melaka- P136 Tangga Batu N14 Kelebang