Maria Chin Abdullah

Maria Chin Abdullah merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia. Beliau aktif dalam NGO sebagai Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam)  sehingga 1990s dan terus bekerja sebagai Pengarah Eksekutif Kolektif Pembangunan Wanita (Women'sterus Development Collective) sehingga 2005. Beliau mengetengahkan isu kesaksamaan gender, keganasaan wanita ternasuk online dan offline dan juga hak wanita Islam.

 

Pada tahun 2005, Maria menjadi Pengasas dan Pengarah Eksekutif kepada Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) yang memperjuangkan kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat, utamanya wanita dan remaja. Empower , sebagai ahli, bekerjasama dengan Joint Action Group for Gender Equality (JAG)  untuk mempertahankan hak-hak wanita. Pada 24 Oktober 2013, JAG memenangi Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu Matlamat Pembangunan Millenium (United Nations Millenium Development Goals) Ketiga untuk Kesaksamaan Gender (Gender Equality). EMPOWER juga bekerjasama dan Sekretariat Bersama dengan Suaram dan Comango (Gabungan Persatuan-persatuan Malaysia), sebuah gabungan yang menyediakan laporan status hak asasi manusia Malaysia utnuk proses Unitied Nations Universal Periodic Review.

 

Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu (Bersih 2.0) pada tahun 2009 dan Empower ialah Sekretariat kepada BERSIH 2.0. Beliau juga Lembaga Pengarah kepada Pusat Asia Pasifik Sumber dan Penyelidekan Wanita (Asia Pacific Resource and Research for Women - Arrow) sejak 2010.

Beliau merupakan seorang aktivis

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P105 Petaling Jaya

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

 BSc Applied Economics dan sarjana dalam MSc Urban Planning, University of London