Tony Pua Kiam Wee merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Cina yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, CEO bagi Cyber Village Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham SESDAQ. Pada awal 2007, beliau menjual semua kepentingannya di dalam syarikat berkenaan dan meletakkan jawatan CEO beliau untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau kini akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi Parlimen Damansara dan juga atas tiket DAP.