Datuk Zein Isma Ismail telah dilahirkan pada 16 November 1960 merupakan seorang ahli politik dan juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Selangor. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang dan Setiausaha Biro Keahlian dan Latihan UMNO Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Eksekutif untuk Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari tahun 1996 hingga 2002. Beliau kini menjadi calon untuk DUN Paya Jaras yang bertanding atas tiket UMNO pada PRU14.