Hashim Mohamad

Beliau merupakan bekas guru yang berkhidmat selama 32 tahun. Sepanjang bertugas sebagai guru beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali.

Jawatan terakhirnya sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Geting.

Bagaimanapun beliau banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan hingga dilantik sebagai Pengarah Operasi Banjir di Dun Kelaboran di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 2014-2015.

Hingga kini beliau diberi tanggungjawab Penasihat Sukarelawan Bomba Tumpat.

Beliau juga menggalas tanggungjawab Pengerusi Persatuan Bola Sepak Tanjung Kuala, Tumpat.

Tanggungjawabnya dalam politik sebagai AJK Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal dan Timbalan Pengerusi Biro Latihan Umno Bahagian Tumpat.

Selain itu beliau juga turut dilantik sebagai AJK Biro Latihan Umno Kelantan.

Pencapaian
Kerjaya:

2016 - Guru Besar SK Geting 

2013 - PK Pentadbiran, SK Sri Tumpat 2

2011 - PK Hal Ehwal Murid SK Tapang 

2003 - PK Kokurikulum SK Kebakat

1999 - Guru Penolong SMK Geting

1990 - SM Rantau Panjang 

1986 - Guru SM Sabak Bernam

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Intitut Bahasa, Kuala Lumpur

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P19 Tumpat N2 Kelaboran