Zuraidin Abdullah

Maklumat Diri
Telefon
0199391167
Asal
Tok Uban, Pasir Mas

Menjadi muka baharu di kawasan kubu kuat parti memberi laluan mudah kepada Zuraidin Abdullah.

Beliau yang bertanding atas tiket Pas ini berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, di bawah Parlimen Rantau Panjang, Kelantan dengan mendapat 8,701 undian pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Walaupun berhadapan pertembungan empat penjuru, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhammad Afifi Muhammad Nor yang mendapat 6,044 undi.

Zuraidin menang dengan majoriti 2,657.

Turut bertanding calon Pakatan Harapan, Ali Abdul Rahman Hassan (1,928) dan calon Bebas (25).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli politik
  • Pengerusi Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Kampung Galok, Chetok

Jawatan dalam parti:

  • Pengarah Pilihanraya MTD Chetok
  • Naib Yang Dipetua Pas Pasir Mas

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Kelantan
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Kubang Chenok, Chetok
  • Sekolah Menengah Agama Falahiah, Pasir Pekan
  • Kolej Islam Kelang, Selangor
  • Kejuturaan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P23 Rantau Panjang N14 Chetok