Gapari Katingan @ Geoffrey Kitingan

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia. Beliau lahir di Kota Marudu dan merupakan siswazah dari Universiti Harvard (Sekolah Kerajaan John F. Kennedy). Abangnya ialah Joseph Pairin Kitingan, juga seorang ahli politik merupakan bekas ketua Menteri Sabah.

  • Beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang kontroversi, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Beliau juga dikenali telah bertukar parti politik beberapa kali, pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). Pada tahun 2003, beliau memohon untuk menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tetapi ditolak.
  • Beliau merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga meletak jawatan pada 28 October 2009.
  • Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mencabar abangnya Joseph Pairin dari BN-PBS di kawasan Parlimen Keningau tetapi kalah.
  • Pada 2011-2012, beliau menyertai Parti Reformasi Negeri (STAR), dan menjadi pengerusi STAR Sabah. Dalam PRU-13, beliau tewas sekali lagi kepada abangnya di Keningau, namun berjaya memenangi DUN Bingkor.
     
Parti Gabungan: SOLIDARITI
Parti: SOLIDARITI
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P180 Keningau
  • PRU13- P180 Keningau
  • PRU14- P180 Keningau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P180 Keningau N33 Bingkor
  • PRU13- P180 Keningau N33 Bingkor
  • PRU14- P180 Keningau N32 Tambunan