Wan Abdillah Wan Ahmad @ Ustaz Wan Abdillah

Wan Abdillah Wan Ahmad merupakan Yang di-Pertua Pas kawasan Batang Lupar dan seorang pendakwah bebas.

Dilahirkan pada 28 April 1972, berasal dari Kampung Seberang Sebuyau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Beliau juga seorang usahawan berpengalaman luas dalam bidang dakwah malah merupakan bekas imam daerah Masjid Annur Sibu dan penceramah kebangsaan dan antarabangsa di Brunei, Indonesia dan Singapura.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong Simunjan, seterusnya di SMK Agama Matang 2, Kuching dan Kolej Islam Klang.

Sejurus tamat pengajian peringkat sekolah, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang.

Bercerita tentang perjalanan politik, beliau dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 bagi merebut kerusi DUN Sebuyau.

Kemudiannya diberi tanggungjawab bertanding peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 (2018) bagi kerusi Parlimen Batang Lupar.

Bagaimanapun beliau kecundang bagi kedua-dua kerusi tersebut dan tewas di tangan Barisan Nasional.


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan
  • Pendakwah bebas

Jawatan disandang dalam politik;

  • Timbalan Pesuruhanjaya II Pas Sarawak
  • Yang di-Pertua Pas kawasan Batang Lupar
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar
  • Kolej Islam Klang
  • SMK Agama Matang 2, Kuching
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong Simunjan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 11- P201 Batang Lupar N27 Sebuyau