Asan Singkro @ Cikgu Asan

Asan Singkro dilahirkan pada 8 September 1963 berasal dari kampung Sadong Jaya pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Sarawak merangkap Yang di-Pertua Pas kawasan Batang Sadong,

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), bapa kepada lima anak ini juga merupakan pesara pendidik dan pernah menjawat jawatan pegawai pendidikan daerah selain kerjayanya seorang pensyarah.

Lebih dikenali cikgu Asan, beliau campuran Melayu Bugis pernah melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur pada 1983 selepas tamat di Maktab Perguruan Batu Lintang sekitar tahun 1973 hingga 1974.

Malah memiliki prestasi cemerlang semasa pengajian, beliau telah menerima anugerah prestasi cemerlang di Maktab Perguruan Batu Lintang dan Sekolah Menengah Kadong Hilir Pejabat Pelajaran Gabungan Samarahan.

Perjalanan politiknya, beliau pernah dicalonkan bagi kerusi DUN Sadong Jaya pada PRN 2016 dan kerusi Parlimen Batang Sadong pada Pilihan Raya Umum ke 14 bagaimanapun, kedua-dua kerusi tersebut, beliau tewas di pihak lawan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pegawai Pelajaran daerah Simunjan
  • Penyelia latihan mengajar Unitar Sarawak
  • Pensyarah sambilan Universiti Malaysia Sarawak
  • Pensyarah Institusi Perguruan Batu Lintang Kuching
  • Guru penolong kanan pentabiran
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Sains Universiti Putra Malaysia 
  • Sijil perguruan khas  Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  • Sijil Guru Maktab Perguruan Batu Lintang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P200 Batang Sadong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 11- P200 Batang Sadong N24 Sadong Jaya