Jeffrey Kitingan

Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan  (lahir 22 Oktober 1948) merupakan seorang ahli politik Sabah.

Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Beliau lahir di Kota Marudu dan merupakan alumni siswazah dari Universiti Harvard (Sekolah Kerajaan John F. Kennedy).

Abangnya Joseph Pairin Kitingan, juga seorang ahli politik merupakan Mantan  Ketua Menteri Sabah. Beliau juga Mantan Pengarah Yayasan Sabah di bawah lantikan Tun Datu Mustapha Datu Harun iaitu bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kabinet memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pencapaian
Akan dikemaskini
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: STAR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P182 Pensiangan N37 Sook
  • PRU DUN Sabah 16- P180 Keningau N39 Tambunan