Santhara Kumar A/L Ramanaidu

Maklumat Diri
Asal
Estet Sembrong kampung Layang-Layang
Tarikh lahir
3/4/1971

Datuk Seri Dr Edmund Santhara @ Santhara Kumar A/L Ramanaidu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segamat.

Beliau merupakan anak jati negeri Johor kerana dilahirkan di Hospital Kluang, pada 3 April 1971, manakala ibu bapanya pula berasal dari Estet Sembrong, Layang-Layang, Johor.

Santhara mendapat kelayakan akademik Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Newcastle, Australia mempunyai latar belakang profesional dan ahli perniagaan yang berjaya.

Beliau menyertai Masterskill pada Oktober 2004 sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan bertanggungjawab untuk meningkatkan peluang pertumbuhan syarikat.

Ekoran prestasi cemerlang, pada tahun 2005, beliau pada mulanya dinaikkan pangkat sebagai ketua pegawai operasi sebelum dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan dan prestasi syarikat pada tahun yang sama.

Menurut laman web kumpulan itu, Masterskill adalah kumpulan pendidikan sains kejururawatan dan bersekutu terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Sewaktu berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau pernah memenangi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 2018 dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung.

Pada tahun 2020, beliau membuat keputusan berhijrah daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen pertama yang bukan dari kalangan pribumi yang diterima sebagai ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebuah parti komponen gabungan pemerintah Perikatan Nasional (PN).

Bercerita perjalanan politik, beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 namun tidak berjaya memenanginya dengan memperolehi 999 undi.

Beliau seterusnya bertanding pada PRU14, di kerusi Segamat mewakili Pakatan Harapan (PH) - PKR dan menang besar dengan majoriti 5476 undi mengatasi Dr. S. Subramaniam yang mewakili Barisan Nasional dan calon Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Pada Mac 2020, Santhara telah mendapat kepercayaan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Muhammad Yassin untuk menjadi anggota pentadbiran kerajaan dengan dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau juga telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah (SMW), yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Segamat (2018 hingga kini)
  • Ketua Pegawai Eksekutif Masterskill (2005)
  • Pengarah Pembangunan Perniagaan Masterskill (2004)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Bersatu (kini)
  • Mantan Timbalan Setiausaha Agung PKR

Keahlian Profesional:

  • Felo Kehormat Association of Business Executive (ABE), United Kingdom
  • Ahli Felo Malaysian Institute of Management (FMIM)
  • Ahli Felo Malaysian Institute of Human Resources Management
  • Ahli Bersekutu Harvard Business School Alumni Club of Malaysia
  • Alumni AGLP – Cambridge Judge Business School

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Bintang Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong.
  • Darjah Kebesaran Jaksa Pendamai (J.P) daripada DYMM Sultan Kelantan
  • Darjah Kebesaran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Datuk Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) yang membawa gelaran Datuk daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah
  • Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang, Yang Amat di Mulia Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Datuk daripada DYMM Sultan Pahang
  • Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Datuk daripada DYMM Sultan Perak
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Datuk daripada DYMM Sultan Pahang

Anugerah dan Pengiktirafan Antarabangsa:

  • Global Achievers Conclave oleh Mahatma Gandhi Samman dianugerahkan pada 12 Oktober 2012 di House of Lords, United Kingdom (2012)
  • JCI Ten Outstanding Young Persons of the World 2011 by Junior Chamber International yang telah dianugerahkan pada 2 November 2011 di JCI Kongres Dunia di Brussels, Belgium
  • Anugerah Kreatif Usahawan Muda Dunia daripada Junior Chamber International pada Kongres Dunia 2008 di New Delhi
  • Mewakili Malaysia ke Perhimpunan Usahawan Dunia Ernst & Young di Monte Carlo (2008)
  • Entrepreneur of the Year – Malaysia 2007 yang dianugerahkan oleh Ernst & Young Emerging Entrepreneur of the Year 2007
  • Anugerah Belia Negara 2007 (Kategori Khas) daripada Kementerian Belia dan Sukan yang dianugerahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Utama Tun Abdullah Ahmad Badawi (2007)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Newcastle, Australia
  • Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia
  • Executive Masters Degree in Consulting and Coaching for Change (EMCCC), INSEAD
  • Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Strathclyde, Scotland, United Kingdom
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dengan Kelas 2 Bahagian Atas Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Diploma Pascasiswazah dalam Pemasaran daripada Chartered Institute of Marketing, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P94 Hulu Selangor
  • PRU14- P140 Segamat

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan Santhara Kumar A/L Ramanaidu

Video Berkaitan Santhara Kumar A/L Ramanaidu