Mordi Anak Bimol

Mordi Anak Bimol merupakan Ahli Parlimen Mas Gading selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 dan pernah dicalonkan bagi DUN Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2016 namun tewas ditangan Barisan Nasional. Beliau bertanding dalam pilihan raya pertamanya setelah terpilih sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pertandingan empat penjuru untuk kerusi persekutuan Mas Gading semasa pilihan raya umum ke-13 Malaysia.

Kemenangannya pada pilihan raya umum yang ke-14 itu dianggap mengejutkan kerana dia berjaya mengalahkan penyandangnya, Anthony Nogeh Gumbek.

Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1985 adalah ahli politik parti DAP sejak 2011.

Berasal dari Bau Kuching, beliau adalah graduan dari Universiti Malaysia Sarawak dan pada November 2018, Mordi dipilih sebagai Naib Ketua Jawatankuasa Perhubungan negeri Sarawak DAP.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu khas untuk naib ketua DAP dan ketua jawatankuasa perhubungan negeri Sarawak (2011)
  • Ahli Parlimen Mas Gading (2018-kini)
  • Naib Ketua Jawatankuasa Perhubungan negeri Sarawak DAP (2018-kini)
Pendidikan:

Graduan dari Universiti Malaysia Sarawak

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Tindakan Demokratik
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P192 Mas Gading
  • PRU14- P192 Mas Gading

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 11- P192 Mas Gading N2 Tasik Biru