Alice Lau Kiong Yieng

Alice Lau Kiong Yieng, berasal dari Sibu, pertama kali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan pada Pilihan raya DUN Sarawak 2011, tapi dikalahkan oleh penyandang dari Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Umum tahun 2013, beliau telah dicalonkan bagi mewaklili DAP bagi kerusi Parlimen Lanang.

Percubaan beliau di Parlimen Lanang berhasil setelah menang bergaya dengan menewaskan penyandang lima penggal, iaitu Tiong Thai King dengan kelebihan 8,630 undi, atau 19.2% undi, menjadikan beliau wanita pertama dari parti pembangkang yang dipilih sebagai Ahli Parlimen di Sarawak. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Lanang selama dua penggal.

Ayah beliau, Lau Cheng Kiong merupakan bekas pengerusi cawangan Pelawan bagi Sarawak Progresif Parti Demokratik (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Beliau juga pernah dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2020.

Pelantikan Alice Lau yang memiliki Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye.
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) (1 Oktober 2019 hingga 20 September 2020)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ahli Parlimen Lanang (2013-kini) 
Pendidikan:
  • Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Tindakan Demokratik
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P211 Lanang
  • PRU14- P211 Lanang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 10- P212 Sibu N47 Bawang Assan