CHOW YU HUI

Maklumat Diri
Asal
Taiping, Perak
Tarikh lahir
11/7/1983

Biarpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya namun ia bukanlah penghalang untuk Chow Yu Hui menceburi bidang politik.

Bermula sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang jawatan yang disandang sehingga kini, Yu Hui mencuba nasib bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras, Raub.

Cubaan pertama kalinya membuahkan hasil setelah menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti undi sebanyak 9,953.

Beliau mengalahkan Ng Leap Pong daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 5,707 undi dan Chin Choy Hee yang hanya mendapat undi 1,506.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari, Bentong ini pernah menjadi editor di sebuah portal berita milik DAP. 

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ketari, Bentong, anak kelahiran Taiping, Perak ini meminati sukan bola sepak.


Tarikh lahir: 11 Julai 1983

Tempat lahir: Taiping, Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Tulisan jawi: ADUN Tras wajar dikenakan tindakan Akta Hasutan

Isu Jawi: Tiga NGO buat laporan polis terhadap Yu Hui

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Tras
  • Editor di Chinese Rocket
Pendidikan:

Pencapaian akademik

  • Ijazah Sarjana Muda Seni, UM, Kuala Lumpur (2004-2007)
  • SMK Ketari, Bentong, Pahang (1996-2002)
  • SJKC Ketari, Bentong, Pahang (1990-1995)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU13- P89 Bentong N33 Bilut
  • PRU14- P80 Raub N7 Tras

Artikel Berkaitan CHOW YU HUI

    Video Berkaitan CHOW YU HUI