Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, 46, merupakan anak kepada Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Tengku Puji Tengku Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang juga AJK DAP Pahang,Timbalan Pengerusi DAP Raub dan Ahli Parlimen Raub. Pada 2009 pula, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.