Tey Kok Kiew

Datuk Tey Kok Kiew berjaya membuktikan kreadibiliti sebagai pemimpin berjiwa rakyat apabila menang bertanding di DUN Banda Hilir selama tiga penggal berturut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau merupakan Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021 hingga 2024 berjaya mendapat 14,038 undian ketika menentang Lee Chong Leng daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 2,725 undi.

Manakala calon Bebas, Chin Choong Seong mendapat 141 undi sahaja.

Dalam pertembungan tiga penjuru ini, jumlah majoriti direkodkan meningkat kepada 11,313 berbanding pilihan raya lalu iaitu dengan majoriti 7,952 undian.

Beliau juga pernah dilantik sebagai EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau pada 2018 hingga 2020.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir (2008 hingga kini)
  • EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau (2018-2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Pengerusi DAP Melaka (2021-2024)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) (2018)
Pendidikan:
  • Diploma perakaunan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P138 Kota Melaka N22 Banda Hilir
  • PRU13- P138 Kota Melaka N22 Banda Hilir
  • PRU14- P138 Kota Melaka N22 Bandar Hilir

Artikel Berkaitan Tey Kok Kiew

    Video Berkaitan Tey Kok Kiew