Teresa Kok Suh Sim

Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina Hakka dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan calon yang memenangi dengan majoriti undi terbesar dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 pada 8 Mac 2008. Berikutan kemenangan pada pilihan raya umum 2008, beliau merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor setelah menjadi ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh. Pada 12 September 2008, beliau telah ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi dibebaskan kira-kira seminggu selepas tarikh tersebut.

Ahli Parlimen untuk P122 Seputeh, Kuala Lumpur: 1999

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor - Portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan: Mac 2008

Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Kinrara, Selangor: 8 Mac 2008

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P122 Seputeh
  • PRU12- P122 Seputeh
  • PRU13- P122 Seputeh
  • PRU14- P122 Seputeh

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P103 Puchong N30 Kinrara