LIM GUAN ENG

Maklumat Diri
Asal
Johor Bahru
Tarikh lahir
8/12/1960
Pasangan
Betty Chew Gek Cheng 

Lim Guan Eng merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP bertanding bagi kerusi Parlimen P43-Bagan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 49648 undi.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) sejak 2004.

Dilahirkan pada 8 Disember 1960, beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Air Putih Pulau Pinang.

Berasal dari Johor Bahru, Johor, beliau pernah menjadi Menteri Kewangan dari tahun 2018 hingga 2020.

Beliau mendapat pendidikan tertinggi kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari Monash University, Australia.

Sebelum itu, Guan Eng bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle, Petaling Jaya (PJ),  kemudian di Sekolah Montfort Batu Pahat.

Beliau mendapat pendidikan menengah di SMK Tinggi Batu Pahat dan SMK Tinggi Melaka.

Guan Eng telah berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Beliau pernah memegang jawatan eksekutif kanan dalam industri perbankan sebelum menyertai politik.

Guan Eng menjadi wakil rakyat buat pertama kali bagi kawasan Parlimen Kota Melaka untuk tiga penggal berturut-turut dari 1986 hingga 1998.

Pada 27 Oktober 1987, Guan Eng menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau telah ditahan selama 60 hari dan merupakan tahanan yang terakhir dibebaskan dari 106 pemimpin politik yang ditahan ketika itu pada April 1989.

Justeru, beliau hilang kelayakan menjadi wakil rakyat untuk tempoh lima tahun daripada 1999-2004 dan pernah dipenjarakan selama 18 bulan.

Tidak kenal erti putus asa, beliau meneruskan perjuangannya dan pada 1990, beliau dilantik Pengerusi Sosialis Muda DAP dan memegang jawatan sama pada 1992.

Selain itu, beliau pernah menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP pada 1995 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004 sehingga kini.

Pada PRU 2008, beliau kembali dalam arena politik, memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih di Pulau Pinang.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menumbangkan penguasaan daripada Barisan Nasional di negeri itu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bagan (2008-kini)
  • ADUN Air Puteh (2008-kini)
  • Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4 (2008-2018)
  • Menteri Kewangan Malaysia (2018-2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Setiausaha Agung DAP (2004-kini)
  • Pengerusi Sosialis Muda DAP( 1990 & 1992)
  • Timbalan Setiausaha Agung DAP (1995)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dari Monash University, Australia
  • SMK Tinggi Melaka
  • SMK Tinggi Batu Pahat
  • SK Montfort Batu Pahat
  • SK La Salle Petaling Jaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P43 Bagan
  • PRU13- P43 Bagan
  • PRU14- P43 Bagan
  • PRU15- P43 Bagan

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P48 Bukit Bendera N23 Air Putih
  • PRU13- P48 Bukit Bendera N23 Air Putih
  • PRU14- P48 Bukit Bendera N23 Air Putih