Berkhidmat sebagai peguam di firma guaman Stella, Lim di Kuala Lumpur, Lim Lip Eng juga merupakan Ahli Parlimen Kepong Kuala Lumpur sejak 2018.
Beliau sebelum ini mewakili parti DAP pernah bertanding buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun 2008 dan PRU13 pada tahun 2013 di kerusi Parlimen Segambut dan membawa kemenangan.
Berusia 49 tahun, beliau juga pemilik ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari United Kingdom (UK).
Dalam dunia politik, beliau mula menyertai DAP sejak tahun 1998 sehingga kini masih aktif memperjuangkan dan mendukung perjuangan parti.
Pada peringkat sekolah, beliau melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketika PRU14, beliau daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 56,516 undian ketika menentang Ong Siang Liang daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,888 undi dengan jumlah majoriti sebanyak 51,628 undi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Annuar wajar contohi inisiatif Kerajaan Negeri Selangor: Lip Eng
Jual arak: DAP sedang berbincang dengan peniaga