Zairil Khir Johari

Zairil Khir Johari (lahir 17 Oktober 1982 - kini) merupakan ahli politik muda Malaysia dari parti DAP dan  ahli yang terpilih dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), iaitu sebuah parti pembangkang Malaysia. 

Beliau juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang, di samping menjadi ahli lembaga pengarah PDC Consultancy, sebuah anak syarikat perbadanan pembangunan ekonomi negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • 2011: Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP 
  • 2013: Ahli Parlimen Bukit Bendera
  • Jurucakap Parlimen untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi
  • Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
  • Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat di Universiti Multimedia, Cyberjaya
  • Ijazah Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P48 Bukit Bendera

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P48 Bukit Bendera N22 Tanjong Bunga