Roland Engan merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram berpengalaman luas dalam bidang guaman dan merupakan rakan kongsi di Messrs. Roland Engan & Co. dan bekas peguam bela di Messrs Charles Hector & Co.
Beliau telah diberi kepercayaan oleh Majlis Pimpinan Pusat untuk berkhidmat sebagai Naib Pengerusi PKR Sarawak selaku ketua Biro Reformasi Institusi Urus Tadbir Kerajaan.
Pernah dicalonkanuntuk bertanding di kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 dan PRU ke 14 termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Telang Usan pada 2016 namun beliau tewas dengan pihak lawan.