Abang Zulkifli Abang Engkeh

Abang Zulkifli Abang Engkeh merupakan Ketua Cabang PKR Batang Lupar mula bergiat aktif di arena politik semenjak tahun 1988. 

Sejarahnya, beliau pernah bertanding pada tahun 2004 di Parlimen Betong tetapi tewas. Kemudian pada tahun 2006 dan 2011 beliau bertanding lagi Saribas, juga kecundang. 

Beliau juga dicalonkan sekali lagi pada tahun 2013 dan 2016, namun gagal lagi, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang bersama PKR.

Amat mengangumi kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abang Zulkifli mula menyertai PKR sebagai wadah perjuangan.

Selepas PRU14, beliau telah dilantik bertugas bersama YB Baru Bian sebagai setiausaha akhbarnya, namun hanya bertahan 18 bulan dan meletakkan jawatan secara sukarela. 

Sepanjang bersama PKR, beliau pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Negeri, Setiausaha Perhubungan Negeri dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak. 

Beliau juga bekas Ketua Cawangan Betong.

Pencapaian
Kerjaya:
  •  Bekas setiausaha akhbar YB Baru Bian

Jawatan disandang dalam politik;

  • Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak (12 Mac 2020-kini)
  • Ketua Cabang PKR Batang Lupar 
  • Ketua Penerangan Negeri
  • Setiausaha Perhubungan Negeri
  • Bekas Ketua Cawangan Betong
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Keadilan Rakyat
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P204 Betong
  • PRU13- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 10- P204 Betong N30 Saribas
  • PRN DUN Sarawak 11- P201 Batang Lupar N28 Lingga
  • PRN DUN Sarawak 12- P201 Batang Lupar N29 Beting Maro