Willie anak Mongin merupakan Ahli Parlimen Puncak Borneo juga calon DUN Mambong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) 2016.
Beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II yang dahulunya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 2020 setelah menyertai PKR sejak 2010.
Willie juga adalah ahli Parlimen Puncak Borneo setelah menang pada Pilihan Raya Umum ke 14 atas tiket PKR mengalahkan calon penyandang Genot Sinel PBB sekali gus kekalahan pertama dalam kerusi parlimen sejak tahun 1974.