Baru Bian

Baru Bian dilahirkan pada 9 September 1958 secara rasmi telah menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan parti pembangkang di negeri Sarawak pada 30 Mei lalu.

PSB diasaskan pada tahun 2014 apabila berlaku kemelut dengan parti SUPP.  Kini PSB mempunyai 2 wakil rakyat di Parlimen iaitu beliau dan Ahli Parlimen Serian.

Baru Bian juga adalah bekas penyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia.

Sejarah perjalanan politiknya, beliau pernah menjadi ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 1987 sehingga 2003, kemudian lompat parti kepada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2006 sehingga 2008.

Setelah itu, beliau memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008 sehingga 2020 sebelum bertukar arah kepada Parti Sarawak Bersatu sehingga kini.

Beliau berketurunan Lun Bawang yang pertama dalam seluruh sejarah Malaysia dilantik sebagai seorang menteri.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi Selangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Ba'kelalan, Sarawak.

Pada peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas pengerusi PKR Sarawak.

Dari segi kehidupan peribadinya, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Yu Ching Sieu dan dikurniakan cahaya mata seramai tiga orang iaitu Joshua Parir, Benjamin Bian dan
Emmylyn Takong.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bekas Menteri Kerja Raya Malaysia (2 Julai 2018 – 24 Februari 2020)
  • Miliki sebuah syarikat Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching (1992-kini)
  • Rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak (1990) 
  • Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak (1987-1988)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ahli Parlimen Selangau (2018-kini)
  • ADUN Ba’kelalah (2011-kini)
  • Bekas pengerusi PKR Sarawak (2009–2020)
  • Bekas Naib Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (1992-1994)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B) di Melbourne University, Australia (1985)
  • Diploma Undang-Undang (DIL) Univerisiti Teknologi Mara Shah Alam (1981-1984)
  • Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 - 1978)
  • SMK  Limbang (1972 - 1976)
  • SRK Long Lellang Tahun 1 dan 2(1966-1967)
  • SRK Long Semadoh Tahun 3 dan 4 (1968-1969)
  • SRK Long Napir Tahun 5 dan 6 (1970-1971)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU13- P221 Limbang
  • PRU14- P214 Selangau

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU DUN Sarawak 10- P222 Lawas N70 Ba`Kelalan
  • PRU DUN Sarawak 11- P222 Lawas N81 Ba`Kelalan