Lajim Ukin

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort, Sabah dan bekas presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (HR).

HR pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari PKR pada 24 Oktober 2016. Parti ini diasaskan oleh Lajim, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR Sabah sekali gus bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Kemudian pada 2019, parti HR dibubarkan sebagai memberi ruang kepada seramai 64,000 ahlinya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum ini, Lajim Ukim tersenarai sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 28 Mac 2009. 

Kemudian pada 2012, beliau mengisytiharkan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas,Sabah. 

Beliau juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun beliau kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO sehingga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketika itu menentukan kewajarannya. 

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, beliau tewas mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort atas tiket PKR begitu juga pada PRU 14, beliau bertanding atas tiket HR juga kalah dengan penyandang Barisan Nasional (BN) Azizah Mohd Dun.

Sungguhpun tidak terpilih sebagai ahli Parlimen, beliau diberi kepercayaan setelah dilantik Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Ahli Majlis pimpinan tertinggi Bersatu serta Timbalan Ketua Bahagian Bersatu P.177 Beaufort.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Jawatan disandang dalam politik

  • Ahli Majlis pimpinan tertinggi Bersatu
  • Timbalan Ketua Bahagian Bersatu P.177 Beaufort
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009-2011 
  • Bekas Ketua UMNO Bahagian Beaufort 
  • Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort
     
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: HR
Parti: HR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU12- P177 Beaufort
  • PRU13- P177 Beaufort
  • PRU14- P177 Beaufort

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P177 Beaufort N25 Klias
  • PRU13- P177 Beaufort N25 Klias
  • PRU14- P177 Beaufort N25 Klias

Artikel Berkaitan Lajim Ukin

    Video Berkaitan Lajim Ukin