AMINUDDIN HARUN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Pachitan, Port Dickson
Tarikh lahir
2/1/1967
Pasangan
Wan Hasni Wan Yusof
Anak
5 anak

Aminuddin Harun adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P132 Port Dickson pada PRU ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 23,601 undi.

Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8 bermula 12 Mei 2018 merangkap ketua Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Beliau juga penyandang ADUN Sikamat sejak 2008, dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Beliau kemudiannya bertugas sebagai pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah dari 1991 hingga 1995. 

Pada 1995, beliau menyertai syarikat Golden Hope Furniture Sdn Bhd sebagai ketua pengurusan pengeluaran dan kemudian di MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd sebagai Eksekutif Senior dari 1996 sehingga 2008 dan dilantik ketua bahagian jualan, jawatankuasa pengurusan, panel siasatan dalaman.

Sebelum menyertai PKR pada 1999, Aminuddin merupakan anggota UMNO dan pernah menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995-1998) serta Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997-1998).

Seterusnya beliau menganggotai Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak 2014 dan turut aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Beliau telah berkahwin dengan Wan Hasni Wan Yusof dan memiliki lima orang anak iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan.

Aminuddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat sejak 2014. Beliau juga adalah merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sejak 2015.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 9,832 undian ketika menentang Syamsul Amri Ismail daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 6,419 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,413.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Port Dickson (2022)
  • Menteri Besar (2018 hingga kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat (2008 hingga kini)
  • Eksekutif Kanan MCIS Safety Glass (M) Sdn Bhd (1996 hingga 2008)
  • Ketua Pengurusan Pengeluaran Golden Hope Furniture Sdn Bhd (1995 hingga 1996)
  • Pegawai Penyiasat Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM)(1991hingga 1995)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Pakatan Harapan Negeri Sembilan
  • Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan (2015 hingga kini)
  • Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (2014 hingga kini)
  • Setiausaha Pemuda UMNO DUN Jimah (1997hingga 1998)
  • Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pachitan (1995 hingga 1998)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perniagaan daripada UiTM


 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P132 Port Dickson

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P128 Seremban N13 Sikamat
  • PRU13- P128 Seremban N13 Sikamat
  • PRU14- P128 Seremban N13 Sikamat

Video Berkaitan AMINUDDIN HARUN