YB Sim Tze Tsin adalah ahli politik Malaysia yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau adalah timbalan ketua Angkatan Muda (PKR) Pulau Pinang. Selepas kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang tewas di tangan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum 2008, beliau telah dilantik menganggotai jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri Pulau Pinang.