Hassan Abdul Karim

Hassan Karim merupakan ahli Parlimen bagi Pasir Gudang. Sebelum dipilih dan menang Pilihan Raya Umum ke 14, beliau pernah menyertai pilihan raya sebanyak enam kali.

Bapa kepada empat cahaya mata ini menyertai pilihan raya pada tahun 1982 di Skudai, 1986 di Pasir Gudang, 1999 di Tebrau, 2004 di Pontian (atas tiket PKR), 2008 di Johor Bahru dan 2013 di Ledang tetapi kesemuanya ditewas ditangan calon Barisan Nasional. 

Siapa sangka anak jati Pontian, berjaya menewaskan calon hebat dan berpengalaman iaitu bekas Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin dengan majoriti sebanyak 24,526 pada 9 Mei 2018.

Sebelum menyertai PKR pada 2004, beliau dari Parti Rakyat Malaysia iaitu parti bebas pada tahun 1978 hingga 2004.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguam
  • Guru
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU11- P164 Pontian
  • PRU12- P160 Johor Bahru
  • PRU13- P144 Ledang
  • PRU14- P159 Pasir Gudang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada